Followers

Tuesday 1 October 2013

From Culinary to Author to Speakers

Intensif Jutawan Industri program yang banyak mengubah pandangan saya ke arah kehidupan, perubahan pemikiran juga dari segala aspek. Sifu Dr Azizan Osman telah mengorek apa sebenar PASSION dlm hidup saya.

Ibarat baby new born, saya dapat rasakan satu aura baru dalam diri pabila bertemu PASSION untuk kehidupan saya. APA PASSION SAYA???..

seperti yang diketahui ramai, rakan-rakan sekampung, sekolah, asrama, sampailah di kolej saya mengambil jurusan Seni Kulinary selepas tamat SPM. Memang ajaib apa yang dilakukan oleh Dr Azizan, pabila dia berjaya mengeluarkan PASSION + KERJAYA + MATLAMAT saya untuk hidup. Memang lain landasannya dari Kulinari kepada seorang MOTIVATOR. Mungkin ada diantara rakan yang membaca entry ini akan ketawa terbahak-bahak. Tapi ini lah pekara ajaib yang belaku saya menjadi sangat komited untuk
share kisah kehidupan saya kepada remaja di luar sana sebagai memotivasikan diri mereka dalam menempuh pejalanan hidup pada hari ini yang kita lihat lebih mencabar dari zaman dulu.

Mungkin saya tak sehebat rakan-rakan lain yang hebat dalam pelajaran. Memang tak hebat pon..hahaha.. tetapi itulah dia setiap manusia mempunyai PASSION tersendiri dalam kehidupan. Dan dengan PASSION juga seseorang boleh menjana pendapatan, sebagai contoh saya amat meminati Dato' Roslan Ab Hamid ketika beliau memberi Tips Bagaimana hendak bercakap dengan betul terang dan jelas, saya sangat bangga jika saya sendiri dapat membuat penyampaian sebegitu.

Untuk mencapai status kerjaya saya sebagai MOTIVATOR, langkah pertama telah saya bayangkan sejak hari terakhir seminar INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI lagi. Doakan semoga MISI pertama saya berjaya iaitu sesi Sharing pengalaman sebagai seorang pelajar di skolah-sekolah lama saya.

sampai disini saja coretan kali ini, Keinginan ini membuatkan saya tidak tidur malam, kerana ingin sesi sharing ini berjalan dengan lancar dan padat, supaya adik-adik yang bakal duduki SPM mendapat sedikit Motivasi dari kisah saya juga mereka dapat merancang MATLAMAT hidup mereka..